Penantian Kuarters Penjawat Awam di Putrajaya 2022

Alhamdulillah finally, lepas 2 tahun sis tunggu tawaran kuarters akhirnya dapat jugak. AFTER 2 YEARS tau. Actually kira tak lama sangat la berbanding dengan orang yg sebelum ni ada 4-5 tahun tunggu. InshaAllah sebab dekat Putrajaya dah banyak PPA1M so peluang untuk dapat kuarters tu laju.


Okey back to the topik. Harini nak share flow tawaran kuarters tu.


1. First thing first, korang mesti akan check tiap minggukan nombor giliran tawaran dalam sistem BPH tu? Okey agak2 dia dah turun dalam 350-100, nombor korang akan stop kejap and kalau korang perasan, status MENUNGGU akan tukar ke status TAWARAN


2. Masa ni korang bersabar memang dah tak lama akan dapat tu. Okey fast forward, korang akan dapat emel mengejut bertajuk PENGEMASKINIAN MAKLUMAT DAN PENGESAHAN SENARAI MENUNGGU KUARTERS KERAJAAN  (Yeay finally). Korang perlu update semua latest maklumat korang dalam sistem BPH. And korang diminta untuk reply MASIH BERMINAT DENGAN TAWARAN KUARTERS. Macam sis dulu, esoknya terus pegawai BPH call double check dengan kita maklumat yang korang update tu. Masa ni la preparation surat tawaran dibuat sebab tu diorang mintak detail nama SUB/Pengarah untuk hantar surat makluman kpd diorang. And masa ni korang tanyalah pegawai tu bila agak2 dapat tawaran. Macam sis, minggu yang sama jugak dia akan emel tawaran.


3. Fast forward, finally tibalah emel yang ditunggu2, which is surat TAWARAN PERUNTUKAN KUARTERS KERAJAAN. Tarikh emel ni = tarikh kuatkuasa penawaran kuarters korang. So dalam tu dia akan inform untuk sediakan beberapa dokumen yang perlu sah dari Bahagian Sumber Manusia ofis korang. 7 hari kena siapkan. Cepat korang settlekan, cepat lah korang boleh hantar.. memang kena cepat pun sebab kena kejar pegawai SM kan. Lepas lengkap semua dokumen, reply or call pegawai yang emel kita tu untuk buat appointment ke BPH.


4. Sampai je kat BPH tingkat 4 (Bahagian Penawaran), korang serahkan dokumen di kaunter. Tak lama lepastu, ada pegawai akan panggil masuk dalam bilik disscussion. MASA NI BERDEBAR OKAY. Pegawai tu akan serahkan surat tawaran beserta alamat penuh kita. And surat setuju terima/tidak. Masa ni korang sign jer jangan memilih. InshaAllah itu yang terbaik untuk korang. Pegawai BPH akan terangkan semua berkaitan apa kena buat next step seperti

- bayaran deposit BPH (online je salam sistem)

- daftar api (di Galeria)

- daftar air (di Salak Tinggi)

- LHDN

- cop ketua blok


5. Masa ni bermulalah urusan korang sediakan semua dokumen diatas. Selagi tak siap tak dapatlah kunci. Jangan risau dia akan bagi masa dalam 27 hari tak silap untuk settlekan. Tips nk cepat, beli siap2 setem hasil di pejabat pos RM50. Beli Rm10 5 keping. Macam sis, sis buat waktu pejabat. Sis mohon time off untuk settlekan api air lhdn.. kena pandai2 lah bajet masa uolls.


6. Dah lengkap dokumen, buat balik appointment dengan BPH untuk serah & ambil kunci. Korang datang balik serah dekat pegawai sama masa mula2 jumpa dulu. Dia akan semak lengkap or tak. Then finally barulah dapat kunci uolls!


7. Apa lagi? Teruslah tengok rumah korang. Masa ni waktu time off sis ada berbaki lagi, so sis dapat jer kunci terus ke kuarters. Wow alhamdulillah suka sgt masa ni. 


8. Tips, first time masuk jangan lupa bagi salam setiap pintu (toilet jgn lah). Ajak kawan/family check tombol pintu, almari, suis okey ke tak. Kalau perlu maintenance dtg baiki terus report. Macam sis kena buat report sbb flush lambat turun https://foamms.ppj.gov.my/site/index.aspx report kat sini tau. Nanti dia akan call kita bila nak datang. Selesaikan part rosak2 ni.


9. Masa ni baru lah ajak family kawan semua gotong royong basuh lantai lap dinding sbb masa masuk agak berdebu sikit. Dah wangi2, boleh lah masukkan barang!! 


10. Pindah. Ucapan sis, selamat berkemas2 yer.. penat tapi best! Opps lupa jgn lupa buat baca2 azan apa yang patut sbb rumah lama tinggal. Ajak la sesiapa buat solat hajat baca yassin. Jangan lupa ramah mesra dengan jiran tau.


Okey itu aje sharing session untuk uolls yang menanti tawaran kuarters. Semoga urusan uolls sentiasa dipermudahkan. Mana2 yang masih menanti, harap bersabar, inshaAllah masanya akan tiba. Aminnnn


Note: Sebenarnya, funciton kuarters ni adalah sekadar rumah sementara, sambil menunggu dapat beli rumah pertama. Jangan ingat ni rumah selamanya untuk korang tau.  Sis share sikit untuk rujukan dan bacaan uolls : https://www.bph.gov.my/portal/pekeliling/

Comments

Popular posts from this blog

PENGALAMAN CABUT GIGI GERAHAM DI UTC (KLINIK KERAJAAN) Part 1

Temuduga SPA Jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19

PENGALAMAN MEDICAL CHECK UP RM1