PENGALAMAN MEDICAL CHECK UP RM1

Salam, semalam aku pergi buat medical check up untuk isi borang tawaran kerja baru. Bayaran RM1 sebab buat dekat Klinik Kerajaan.



Nak cerita sikit flow medical check up ni.

Perkara yang perlu bawak, borang medical checkup tu (doktor nak isi) dan surat tawaran kerja/universiti.

Sampai je klinik engko pergi je ke tempat daftar pesakit luar. Cakap nak buat medical check up (bagi salam buat muka manis sikit). Nanti dia suruh duduk kejap. Dia akan panggil untuk isi borang diri.

Lepastu nurse bertugas akan suruh engko ke Kaunter Makmal Air Kencing. Ambil no baru situ. Ada nurse akan panggil nama korang and bagi cawan untuk kencing. (Masuk dalam tandas yang disediakan lah. Kencing sikit je agak2 1/4 cawan.. jangan lah bagi penuh cawan tu.)

Next, tak sampai 5 minit dia akan bagi result tu dan korang akan diminta ke kaunter seterusnya untuk ukur tinggi timbang berat. Tekanan darah jugak buat dekat sini.

Next, pegawai penglihatan kot, akan panggil korang untuk check penglihatan. Tutup mata baca huruf depan gitu jerrrr.

Lastly, baru lah korang akan berjumpa dengan doktor dalam bilik rawatan. Jangan takut. Bukan ada apa pun, doktor tanya ada alahan ke tak, ajak borak je sambil dia lengkapkan borang kita tu. Dah siap dia sign. Habiskan sesi medical checkup korang.. Dah boleh balik.


Sekian medical checkup RM1.

p/s: Kalau yang nak buat X-ray tu maybe tambahan RM20 sbb filem xray kan maheii dan ada lah sebabnya mahal tu...

Goodluck!




Comments

Popular posts from this blog

PENGALAMAN CABUT GIGI GERAHAM DI UTC (KLINIK KERAJAAN) Part 1

Temuduga SPA Jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19