PENGALAMAN CABUT GIGI GERAHAM DI UTC (KLINIK KERAJAAN) Part 1



Geraham bongsu atau wisdom teeth orang putih kabo merupakan gigi yang bongsu atau last tumbuh. Tiap orang lain due date tumbuhnya haha macam sis umur 20 ke 21 baru nak tumbuh. 

Nak dijadikan cerita, sis punya gigi geraham bongsu ni tak ada ruang nak tumbuh so dia dengan suka hati pi tolak si geraham kekal tu. Sakit? Memang Ya Robbi sakit. Dia punya tolak tu sampai sakit ke semua like urat mata, kepala & macam2. Dan nak jadikan cerita, gigi geraham kekal tu pulak berlubang, nak tak nak takut ke idok ke dentist kena wajib harus pergi jugak cabut, no choice!

Sebelum tu, sis nak cabut di UTC (Klinik Kerajaan) ni sebab kos rendah iaitu RM1 hingga RM3 je! Jimat sangat kalau berbanding dengan swasta.

So ikutilah episod nak cabut gigi sis dibawah :

1. Sampai je klinik, bagi yang belum daftar kad pergigian sila daftar di kuanter. Bagitahu dekat petugas kaunter nak cabut/tampal/cuci gigi ikutlah apa tujuan kita. Bagi IC, dia akan bagi kad hijau tu kita letak detail pasal kita. Pulang balik kad tu dekat dia, then dia akan bagi nombor giliran.

2. Duduk dan tunggu dengan sabar sbb bukan awak sorang je yg ade problem gigi hehe. Kalau boleh bawaklah teman sebab ada jugak nak borakkan takde lah stress takut nak kena cabut gigi.

3. Sampai turn, baca bismillah doa dalam hati supaya Allah mudahkan segalanya (ni macam nak bersalin takut sangat). Tapi serious, sis first time cabut ya robbi ketar sangat, habis semua doa baca. Amalkan baca doa bawah ni banyak2.

Doa memudahkan urusan
Allahumma yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birohmatikaya Arhamarrohimin.Maksudnya:YaAllah Permudahkanlah Jangan Dipersulitankan dan Kau akhirkanlah dgn Kebaikan.

4. Masuk bilik, tengok kalau Dentist islam beradab bagi salam.

5. Serahkan kad dekat dentist. Cerita dekat dia gigi mana sakit. Dia akan layan. Selama sis berurusan dengan klinik kerajaan, dentist dia semua perempuan jadi takde lah sengan kan. Kalau dapat laki tu emmm tempuh jelah yer labu.

6. Bila kita cakap kita nak cabut, dia akan cucuk dulu dengan bius supaya nak cabut nanti tak sakit. Dalam 3 macam tu. Yg ni tak sakit jangan risau. Lepas siap bius dia suruh tunggu luar dulu. Dalam 5-10 minit nombor kita akan dipanggil lagi.

7. Bermulalah kisah sakit. Jeng jeng jeng..

8. Biasa lah memula dia akan check cuci mane kekotoran tempat yg di cabut tu. Bla bla bla...sampai nak cabut tu rasa macam dia guna plier tapi yg dentist punya laa. Sis punya dulu dia cabut tapi tak lepas nak tarik. Sis pun mcm sakit je so sis apa lagi pegang tangan dentist tu cakap sakitttt.......(kalau sakit engko cakap je sakit) Lepas tu dentist tu cakap sakit yer? Takpe sy bius 1 lagi. Haaaa nampak tak mengadenya sis.

9. Dah siap. Gigi dah settle cabut. Tempat yg dia cabut tu dentist akan check sampai akar tak dia cabut nanti tak pasal kena operate pulak sebab ada gigi  tertinggal dalam gusi. Dentist akan letak segumpal gauz (kapas jarang tu) dekat lubang yg dicabut). Tujuan dia supaya darah tak keluar & beku dengan cepat.

10. Masa ni takde sakit. Sbb dah bius kan. Doktor pesan jgn makan menda keras. Jangan berkumur. Tunggu lah beberapa jam. Paling lama sehari. Sis takut makanan masuk dalam lubang tu so sis rela tak makan 2 hari hahaha.

11. Keluar tu jangan lah bla terus. PErgi la dgn mulut macam makan pau tu ke kaunter untuk buat bayaran. Sis byr RM3 + dapat ubat tahan sakit & paracetamol sbb takut sakit lagi. ( Kes cakap sakitttt tadi tu hahaa).

Macamtu lah pengalaman sis, nak tahu proses selepas cabut sampai tetutup lubang tu?
Next entry, Part 2.

Semoga pengalaman ni bermanfaat untuk yg takut nak cabut tu. Fikir macam ni, kalau sakit gigi memang umi sis tak bagi pergi jumpa dentist sbb masa sakit mana boleh cabutkan. So bila dah reda sikit baru pergi cabut. 1 lagi, sakit tu masa nak cabut tu je. DETIK TU JE. Lepas2 tu mana sakit dah. Serious lepas cabut tu akan rasa lega terus.

Salam. Tinggalkan komen kalau nak tanya sis :D




Comments

  1. salam sis, nk tnye..pegi sekali je ek trus dpt cabut?

    ReplyDelete
  2. Salam sis. Bkn biasa kna xray dulu n br set appointment nk cabut hr lain plk ke?

    ReplyDelete
  3. Nak pergi cabut hari ini dkt utc. Harap2 tak sakit

    ReplyDelete
  4. Nak pergi cabut gigi hari ini

    ReplyDelete
  5. Kalau bukan orang tempatan bayar berapa ya?

    ReplyDelete
  6. Part 2 mana ye. Sebab saya sekarang tengah sakit lepas cabut gigi

    ReplyDelete
  7. e... takutnya nak cabut gigi geraham belakang yan berlubang

    ReplyDelete
  8. Aku tggu giliran kt husm sampai 2 bulan lebih giliran aku...sebulan aku tunggu tahan sakit sgt dah xtahan aku pi klinik azzahra kt pasir tumboh kena rm550 kot xsilap aku, aku search tempat dia paling murah aku tgk..gigi bongsu bawah belah kiri...aku tanya tempat lain mau 2k 3k...mahal gila huhu...ini tahun lps punya cite

    ReplyDelete
  9. Skrg tmpt cabut gigi dekat UTC buka ke..sakit tidak tahan sudah nie gigi bgsu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Temuduga SPA Jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19

PENGALAMAN MEDICAL CHECK UP RM1