Sebenarnya dah lama sis tak berblog. Maybe dah 4/5 tahun. Hah lama kan..Harini baru berkesempatan nak buat balik sebab tadi belajar PJB (Pengurusan Pejabat) so haruslah belajar buat blog.
Geraham bongsu atau wisdom teeth orang putih kabo merupakan gigi yang bongsu atau last tumbuh. Tiap orang lain due date tumbuhnya haha macam sis umur 20 ke 21 baru nak tumbuh. Nak dijadikan cerita, sis punya gigi geraham bongsu ni tak ada ruang nak tumbuh so dia dengan suka hati pi tolak si geraham kekal tu. Sakit? Memang Ya Robbi sakit. Dia punya tolak tu sampai sakit ke semua like urat mata, kepala & macam2. Dan nak jadikan cerita, gigi geraham kekal tu pulak berlubang, nak tak nak takut ke idok ke dentist kena wajib harus pergi jugak cabut, no choice! Sebelum tu, sis nak cabut di UTC (Klinik Kerajaan) ni sebab kos rendah iaitu RM1 hingga RM3 je! Jimat sangat kalau berbanding dengan swasta. So ikutilah episod nak cabut gigi sis dibawah : 1. Sampai je klinik , bagi yang belum daftar kad pergigian sila daftar di kuanter. Bagitahu dekat petugas kaunter nak cabut/tampal/cuci gigi ikutlah apa tujuan kita. Bagi IC, dia akan bagi kad hijau tu kita letak detail pasal ...
Hai guys, quick post untuk pengalaman sis interview jawatan ni semalam. Hari kejadian, kalau awak punya jadual interview pukul 8 pagi, pastikan datang 1 hour awal. Sebab apa? Ikut pengalaman semalam, sampai sana awal dah tapi rupanya ada yang lagi awal dari kita haha. Office SPA pun belum buka lagi. Okey dah sampai, jangan pergi borak korang teruskan study apa yang patut. Bila staf SPA dah bukak office, korang akan nampak ada bakul/kotak or apa2 jela untuk korang letak tawaran yg korang dapat panggilan utk interview tu. Pastikan cetak siap2 yer kalau taknak kena bebel. And korang letak lah surat tawaran dalam tu sebab staf situ akan ambil siapa yg letak dulu. Kalau rasa nak cepat siap better letak terus. Sebab ada dalam 40 org 1 sesi. Next, staf kaunter tadi akan panggil korang utk dia check file. Pastikan korang siapkan file, resume + salinan surat beranak, slip PMR, sijil spm & surat berhenti sekolah. Staf situ kan check susunan semualah. Lepas siap staf akan bagi korang no...
Salam, semalam aku pergi buat medical check up untuk isi borang tawaran kerja baru. Bayaran RM1 sebab buat dekat Klinik Kerajaan. Nak cerita sikit flow medical check up ni. Perkara yang perlu bawak, borang medical checkup tu (doktor nak isi) dan surat tawaran kerja/universiti. Sampai je klinik engko pergi je ke tempat daftar pesakit luar. Cakap nak buat medical check up (bagi salam buat muka manis sikit). Nanti dia suruh duduk kejap. Dia akan panggil untuk isi borang diri. Lepastu nurse bertugas akan suruh engko ke Kaunter Makmal Air Kencing. Ambil no baru situ. Ada nurse akan panggil nama korang and bagi cawan untuk kencing. (Masuk dalam tandas yang disediakan lah. Kencing sikit je agak2 1/4 cawan.. jangan lah bagi penuh cawan tu.) Next, tak sampai 5 minit dia akan bagi result tu dan korang akan diminta ke kaunter seterusnya untuk ukur tinggi timbang berat. Tekanan darah jugak buat dekat sini. Next, pegawai penglihatan kot, akan panggil korang untuk check penglihatan....
Comments
Post a Comment