Posts

Penantian Kuarters Penjawat Awam di Putrajaya 2022

Alhamdulillah finally, lepas 2 tahun sis tunggu tawaran kuarters akhirnya dapat jugak. AFTER 2 YEARS tau. Actually kira tak lama sangat la berbanding dengan orang yg sebelum ni ada 4-5 tahun tunggu. InshaAllah sebab dekat Putrajaya dah banyak PPA1M so peluang untuk dapat kuarters tu laju. Okey back to the topik. Harini nak share flow tawaran kuarters tu. 1. First thing first, korang mesti akan check tiap minggukan nombor giliran tawaran dalam sistem BPH tu? Okey agak2 dia dah turun dalam 350-100, nombor korang akan stop kejap and kalau korang perasan, status MENUNGGU akan tukar ke status TAWARAN .  2. Masa ni korang bersabar memang dah tak lama akan dapat tu. Okey fast forward, korang akan dapat emel mengejut bertajuk PENGEMASKINIAN MAKLUMAT DAN PENGESAHAN SENARAI MENUNGGU KUARTERS KERAJAAN   (Yeay finally). Korang perlu update semua latest maklumat korang dalam sistem BPH. And korang diminta untuk reply MASIH BERMINAT DENGAN TAWARAN KUARTERS . Macam sis dulu, esoknya terus pe...

Keputusan Temuduga Pembantu Tadbir N19 SPA

Image
Assalamualaikum.. Entry sebelum ni sis ada share pengalaman interview spa. Sekarang sis nk share pulak apa resultnya... jeng jeng jeng.... Alhamdulilahhhhh Sis berjaya interview jawatan Pembantu Tadbir N19 ( Semenanjung)🤗🤗 Mengikut apa yang diemel, ada dua org person incharge untuk sis call sekiranya emel lanjutan or surat lantikan tak sampai. Yang menjadi tanda tanya sis.. ada org Kementerian Kesihatan disitu... adakah penempatan sis di bawah KKM?? Fuhh berdebar.. tapi bila fikir balik.. takpela dekat mana pun asalkan dah berjaya diterima tetap. Ini ada kawan sis share bilangan staf yg pergi interview haritu. Mak aihhh ada dlm 20k semenanjung sahaja. Alhamdulillah sekali lagi sis tergolong  dalam berjaya 500 tu🤲🏻🤲🏻🤲🏻🤲🏻 Nanti dah dapat surat sis akan share pulak yerrr. Oh untuk yang tak berjaya inshaAllah ada hikmah semua ni jangan penat usaha ya! Bye!!

Temuduga SPA Jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19

Hai guys, quick post untuk pengalaman sis interview jawatan ni semalam. Hari kejadian, kalau awak punya jadual interview pukul 8 pagi, pastikan datang 1 hour awal. Sebab apa? Ikut pengalaman semalam, sampai sana awal dah tapi rupanya ada yang lagi awal dari kita haha. Office SPA pun belum buka lagi. Okey dah sampai, jangan pergi borak korang teruskan study apa yang patut. Bila staf SPA dah bukak office, korang akan nampak ada bakul/kotak or apa2 jela untuk korang letak tawaran yg korang dapat panggilan utk interview tu. Pastikan cetak siap2 yer kalau taknak kena bebel. And korang letak lah surat tawaran dalam tu sebab staf situ akan ambil siapa yg letak dulu. Kalau rasa nak cepat siap better letak terus. Sebab ada dalam 40 org 1 sesi. Next, staf kaunter tadi akan panggil korang utk dia check file. Pastikan korang siapkan file, resume + salinan surat beranak, slip PMR, sijil spm & surat berhenti sekolah. Staf situ kan check susunan semualah. Lepas siap staf akan bagi korang no...

PENGALAMAN MEDICAL CHECK UP RM1

Image
Salam, semalam aku pergi buat medical check up untuk isi borang tawaran kerja baru. Bayaran RM1 sebab buat dekat Klinik Kerajaan. Nak cerita sikit flow medical check up ni. Perkara yang perlu bawak, borang medical checkup tu (doktor nak isi) dan surat tawaran kerja/universiti. Sampai je klinik engko pergi je ke tempat daftar pesakit luar. Cakap nak buat medical check up (bagi salam buat muka manis sikit). Nanti dia suruh duduk kejap. Dia akan panggil untuk isi borang diri. Lepastu nurse bertugas akan suruh engko ke Kaunter Makmal Air Kencing. Ambil no baru situ. Ada nurse akan panggil nama korang and bagi cawan untuk kencing. (Masuk dalam tandas yang disediakan lah. Kencing sikit je agak2 1/4 cawan.. jangan lah bagi penuh cawan tu.) Next, tak sampai 5 minit dia akan bagi result tu dan korang akan diminta ke kaunter seterusnya untuk ukur tinggi timbang berat. Tekanan darah jugak buat dekat sini. Next, pegawai penglihatan kot, akan panggil korang untuk check penglihatan....

RESEPI SPAGETTHI CARBONARA PALING SIMPLE DI DUNIA

Image
Hai sis nak share resepi spaghetti carbonara. Tapi sis tak guna pasta spaghetti, sis guna angel hair. Sebenarnya sos carbonara ni sesuai guna dengan pasta jenis fettunicini. Bahan-bahan dan cara-cara ikut gambar : 1. Pasta (bebas nak rebus jenis mana)  2. Rebus daging cincang sampai habis air 3. Bawang merah & putih cincang & lada kecik - 5 biji 4. Masuk sosej/fish cake/meatball  5. Lada bengala 6. Sos carbonara 1 botol 7. Lada hitam & oregano (takde takpe) 8. Susu dutch lady 9. Cheesedale kalau ada 10. Siappppp  

Siapa nak try buat polymer clay? Charm?

Image
Salam, harini sis nak jual preloved item iaitu barang-barang buat polymer clay charm yang comel !! Harga murah je ...and paling penting baru guna sekali dua jerrrrr. Sebab nk jual ialah sebab takde masa nak main dah. Hahahah Yang nak beli semua ni harga RM100 include postage. Tapi kalau duduk area Kuantan sis akan hantarkan. Dulu sis beli sebab nak buat keychain hari guru.. Sis akan buka jualan ni dari sekarang sampai akhir 2015. Kalau ade yg terbaca selepas tarikh ni, takpe. Boleh lagi...  Nak bagitahu, semua barang ni beli di http://www.malaysiaclayart.com/shop/ so standard lah sgt barang ni... okey..  Jgn sesegan nak comment. Atau nak tanya macam mana buat charm or polymer clay, boleh tanya.

PENGALAMAN CABUT GIGI GERAHAM DI UTC (KLINIK KERAJAAN) Part 1

Image
Geraham bongsu atau wisdom teeth orang putih kabo merupakan gigi yang bongsu atau last tumbuh. Tiap orang lain due date tumbuhnya haha macam sis umur 20 ke 21 baru nak tumbuh.  Nak dijadikan cerita, sis punya gigi geraham bongsu ni tak ada ruang nak tumbuh so dia dengan suka hati pi tolak si geraham kekal tu. Sakit? Memang Ya Robbi sakit. Dia punya tolak tu sampai sakit ke semua like urat mata, kepala & macam2. Dan nak jadikan cerita, gigi geraham kekal tu pulak berlubang, nak tak nak takut ke idok ke dentist kena wajib harus pergi jugak cabut, no choice! Sebelum tu, sis nak cabut di UTC (Klinik Kerajaan) ni sebab kos rendah iaitu RM1 hingga RM3 je! Jimat sangat kalau berbanding dengan swasta. So ikutilah episod nak cabut gigi sis dibawah : 1. Sampai je klinik , bagi yang belum daftar kad pergigian sila daftar di kuanter. Bagitahu dekat petugas kaunter nak cabut/tampal/cuci gigi ikutlah apa tujuan kita. Bagi IC, dia akan bagi kad hijau tu kita letak detail pasal ...