PENGALAMAN MEDICAL CHECK UP RM1
Salam, semalam aku pergi buat medical check up untuk isi borang tawaran kerja baru. Bayaran RM1 sebab buat dekat Klinik Kerajaan. Nak cerita sikit flow medical check up ni. Perkara yang perlu bawak, borang medical checkup tu (doktor nak isi) dan surat tawaran kerja/universiti. Sampai je klinik engko pergi je ke tempat daftar pesakit luar. Cakap nak buat medical check up (bagi salam buat muka manis sikit). Nanti dia suruh duduk kejap. Dia akan panggil untuk isi borang diri. Lepastu nurse bertugas akan suruh engko ke Kaunter Makmal Air Kencing. Ambil no baru situ. Ada nurse akan panggil nama korang and bagi cawan untuk kencing. (Masuk dalam tandas yang disediakan lah. Kencing sikit je agak2 1/4 cawan.. jangan lah bagi penuh cawan tu.) Next, tak sampai 5 minit dia akan bagi result tu dan korang akan diminta ke kaunter seterusnya untuk ukur tinggi timbang berat. Tekanan darah jugak buat dekat sini. Next, pegawai penglihatan kot, akan panggil korang untuk check penglihatan....