Temuduga SPA Jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19

Hai guys, quick post untuk pengalaman sis interview jawatan ni semalam.

Hari kejadian, kalau awak punya jadual interview pukul 8 pagi, pastikan datang 1 hour awal. Sebab apa? Ikut pengalaman semalam, sampai sana awal dah tapi rupanya ada yang lagi awal dari kita haha. Office SPA pun belum buka lagi. Okey dah sampai, jangan pergi borak korang teruskan study apa yang patut.

Bila staf SPA dah bukak office, korang akan nampak ada bakul/kotak or apa2 jela untuk korang letak tawaran yg korang dapat panggilan utk interview tu. Pastikan cetak siap2 yer kalau taknak kena bebel. And korang letak lah surat tawaran dalam tu sebab staf situ akan ambil siapa yg letak dulu. Kalau rasa nak cepat siap better letak terus. Sebab ada dalam 40 org 1 sesi.

Next, staf kaunter tadi akan panggil korang utk dia check file. Pastikan korang siapkan file, resume + salinan surat beranak, slip PMR, sijil spm & surat berhenti sekolah. Staf situ kan check susunan semualah. Lepas siap staf akan bagi korang nombor giliran. So tunggu jela. Boleh study lagi time ni jangan ajak orang borak.

Next, bila nombor dah keluar. Bangun dgn tenang jangan gopoh sebab masa tu ada dalam 4 bilik interview masuk bilik yang betul ya.

Tips:

1.  Masuk and bagi salam. Jangan bersalaman pulak. Terus je bagi file n resume korang kepada panel temuduga. Selalu ada 2 org je dalam tu. Duduk diam.

2. Soalan 1; Confirmlah kena perkenalkan diri. Jangan terlampau panjang just ringkas je pasal diri.

3. Soalan lain:
- apa sumbangan kita semasa bekerja sekarang ( jika sedang berkhidmat)
- isu semasa & bagi salah 1 dasar kerajaan
- namakan menteri .....
- apa tugas pembantu tadbir
- bagi situasi apa yg perlu buat sekiranya nak tutup file
- bagi contoh cuti yg kita tahu
- kalau dah kahwin dia akan tanya sanggup tak berjauhan dgn pasangan
- apa yang kita nampak 5 tahun kan datang tentang diri kita

Dan banyak lagi contoh soalan yg kan ditanya

Overall sorang dalam 15 minit jer.

Jangan risau diorang jarang tanya soalan fakta pasal visi misi semua tu. More to kita punya background. Biar salah jawab yang penting confidenttttt.

Jangan lupa baca robbi yassir wala tuassir, bismillahitawakal tu’alallah & Allahummaftah ‘alaina...

That’s all I think. All the best saya doakan orang yang baca ni dapat kerja tetap. آمِّينَ!!!!

Comments

Popular posts from this blog

PENGALAMAN CABUT GIGI GERAHAM DI UTC (KLINIK KERAJAAN) Part 1

PENGALAMAN MEDICAL CHECK UP RM1